Jumaat, 31 Ogos 2012

Lelaki Dan Perampuan...


LELAKI DAN PEREMPUAN



"Lelaki itu hebat. Tak macam perempuan, tahu menangis je..buat kerja sikit dah menangis tak larat."
"Perempuan kan lebih rajin? Tak macam lelaki, malas je lebih."
"Lelaki kuat tak lemah macam perempuan."
"Perempuan setia tak menipu macam lelaki."
"Lelaki lebih bijak daripada perempuan. Lelaki bila fikir guna 9/10 akal , tak macam perempuan guna 9/10 emosi (rujuk)."
"Perempuan lebih penyayang. Tak macam lelaki, hati keras macam batu."
"Girls are stupid, throw rocks at them!"
"Boys are stoned, who needs rocks?"

Lelaki??????  Perempuan??????

Siapa yang lebih hebat? Siapa yang lebih baik? Siapa yang lebih tak guna? Siapa menang? Siapa kalah? SIAPA YANG TAHU????

Itulah norma masyarakat dalam zaman global sekarang. Selalu ada perbandingan antara jantina. Seolah- olah diantara mereka ada yang lebih baik. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan sehingga kadang-kadang merendahkan yang lain.Lebih melucukan, hal ini pun menjadi isu dalam setiap lapisan masyarakat dalam berbagai situasi. Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, tiada yang mahu mengalah.

Hakikatnya, Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk bertengkar antara satu sama lain untuk membuktikan siapa lebih hebat. Islam tidak pernah menyatakan bahawa anak lelaki itu lebih mulia daripada anak perempuan juga sebaliknya. Malahan kedudukan lelaki dan perempuan adalah setaraf, yang membezakan mereka adalah taqwa.

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
(Al-Hujurat 49 :13)

Dalam ayat diatas, Allah tidak lebih memuliakan perempuan mahupun lelaki tetapi memuliakan orang yang lebih bertaqwa. Siapa boleh menjamin perempuan lebih bertaqwa daripada lelaki mahupun sebaliknya? Tiada bukan? Oleh itu mengapa persoalan mengenai siapa lebih hebat timbul?

Tidak dinafikan, lelaki mempunyai kelebihan yang lebih banyak dari perempuan. Lelaki mempunyai kekuatan jauh melebihi perempuan. Lelaki mendapat hak harta pusaka 2/3 berbanding perempuan yang hanya mendapat 1/3. Lelaki itu pemimpin kepada perempuan.

Tetapi setiap kelebihan yang ada pada mereka, ada tanggungjawab diatasnya. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:

“Lelaki (suami) itu Qawwam bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya……”
Qawwam disini dapat diertikan dengan maksud pemimpin atau pelindung.

Nah.. Lelaki mempunyai kelebihan tapi juga mempunyai tanggungjawab. Namun perempuan juga mempunyai kelebihan tetapi setaraf dengan tanggungjawab mereka. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

“……..Dan mereka (para perempuan) mempunyai hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang patut. Tetapi para suami mempunyai kelebihan keatas mereka. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

Islam telah menaikkan taraf perempuan dengan begitu tinggi terutamanya jika dibandingkan dari apa yang berlaku sebelum Islam dan juga apa yang ada di barat hari ini. Tiada perbezaan untuk meraih syurga Allah dalam banyak perkara. kedua-dua lelaki dan wanita diperintah untuk menuntut ilmu. Kedua-duanya setaraf dalam hal ini. Kedua-duanya diperintah solat dan puasa, cuma sedikit keringanan diberi kepada wanita dan beberapa perbezaan semasa pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, ia langsung tidak mengurangkan peluang wanita untuk meraih syurga Allah dan seluruh nikmatNya.

“Dan barangsiapa yang melakukan amal soleh dari kalangan lelaki dan wanita dalam keadaan mereka beriman, mereka itulah yang akan memasuki syurga.." ( An-Nisa 4 : 124 )

Lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Perempuan tidak boleh hamil dan melahirkan anak tanpa lelaki. Lelaki juga memerlukan isteri, sebagai penasihat dan penyokong dibelakang mereka. Perempuan memerlukan lelaki untuk kerja-kerja berat dan lelaki pun memerlukan perempuan untuk kerja-kerja remeh. Dalam kegiatan dakwah itu sendiri memerlukan kerjasama antara lelaki dan perempuan. Setiap daripada mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab diatas satu sama lain.

“Sesungguhnya wanita adalah belahan yang tak terpisah dari lelaki” (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Al-Quran (An-Nisa’ 4: 32)

Kesimpulannya perempuan dan lelaki adalah makhluk Allah. Tiada yang lebih hebat antara mereka. Malahan perempuan dan lelaki itu saling memerlukan antara satu sama lain.Yang membezakan mereka adalah tanggungjawab dan ketaqwaan mereka. Oleh itu, tak perlulah kita bertekak, bergaduh dan bertengkar siapa lebih hebat atau siapa lebih penting. Lebih baik kita memikirkan permaslahatan ummah ataupun bermuhasabah diri sendiri sebelum kita buka mulut membahaskan tentang kelebihan sendiri.

kisah tentang 2 owd sahabat karib yg sdg b'jln melintasi gurun pasir ;'(


Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar merasa sakit hati tapi dengan tanpa berkata-kata dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambi l tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."

Sabtu, 31 Mac 2012

Nasihat IMAM ABU HANIFAH tentang kehidupan

1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan
2. Jangan tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah diri
3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf kepada guru juga pendidik
4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat2 berkat
5. Bercampur dengan orang yang tak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam
6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain
7. Bersegeralah ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8. Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan
9. Bencikan perkara yang hina di sisi orang berilmu
10. Janganlah banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan

Isnin, 12 Mac 2012

Bertudung,tuntutan atau sekadar berfesyen

Assalamualaikum warahmatullah,

firman Allah S W T dalam surah Al Ahzab:59

Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka"yang demikian itu agar mereka lebih dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang. 

Rambut wanita adalah termasuk perhiasan yang wajib ditutup oleh setiap muslimah dan ia tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan mahramnya. Sedar akan tuntutan tersebut, semakin ramai muslimah menutup aurat mereka dengan bertudung. Tidak kiralah bertudung moden yang berfesyen, golongan hawa baik anak kecill mahupun sudah dewasa sudah mula bertudung.

Perkembangan ini juga telah membuahkan idea kepada mereka yang yang bergiat dalam industri fesyen untuk mencipta gaya tudung terkini. Selak sahaja majalah fesyen hari ini, pasti anda akan melihat aneka gaya tudung yang cantik dan menarik.

Untuk menarik wanita membeli dan menggayakan tudung yang dijual, setiap tudung mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada rekaan tudung yang menggunakan fabrik terang, dihias pula dengan kerongsang yang menarik, disimpul dan sebagainya.

Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Boleh dikatakan, rekaan kesemuanya secara tidak langsung menggalakkan kaum muslimah yang tidak bertudung pun rasa tertarik untuk memakai tudung.

Justeru itu,pebentangan saya kali ini bertujuan untuk  mengupas perkembangan fesyen tudung yang menarik ini menjadi punca wanita mengenakan tudung atau adalah mereka benar mahu menurut syariat agama.

"Akan muncul dalam kalangan umatku diakhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid.wanita-wanita mereka (isteri n anak-anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat) di atas kepala mereka pula (wanita)terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai , oleh itu laknat mereka semua, sesungguhnya mereka adalah wanita yang terlaknat. 

(hadith riwayat Ahmad-jilid 2 ms 223)

Rasulullah bersabda:-Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia ,golongan yang membawa cemeti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga wanita-wanita yang berpakai seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok,pada mereka ada suatu seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini.

(hadith riwayat Muslim no 212)"


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.

Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Tips berfesyen yang betul
  • Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang
  • Baju mestilah labuh dan longgar
  • Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan
  • Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga ke buku lali
  • Ðigalakkan untuk memakai sarung kaki
  • Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada getah

Ahad, 11 Mac 2012

Espresikan CINTA kepada ALLAH

Allah s.w.t. sangat baik kepada kita.terlalu banyak bukti cinta-Nya.Pelbagai hadiah dihulurkan istimewa buat kita berupa makanan,minuman,oksigen.pakaia
n,tempat tinggal dan banyak lagi,BAHKAN HADIAH PALING MAHAL DI DUNIA IALAH IMAN DAN ISLAM yang turut sudi diberikan-Nya..Dialah sebaik-baik KEKASIH yang tidak akan mengecewakan kekasihnya.
''I love You ALLAH''....;)

Apabila matinya seseorang anak adam itu,hanya 3 perkara yg akn dibawanya bersama:


? Sedekah/amal jariahnya.
? Doa anak²nya yang soleh.
? Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

Islam

Add caption
kata yang paling indah adalah "Allah" 
lagu yang paling merdu adalah "Azan" 
majalah yang baik adalah "Al-Qur'an"
senaman yang sihat adalah "Solat"
diet yang sempurna adalah "Puasa"
kebersihan yang menyegarkan adalah "Wudhuk"
perjalanan yang indah dan menakjubkan adalah "Haji"

KEINDAHAN ISLAM

RENUNGAN:

~ PELIHARALAH AKHLAKMU KERANA IA KEHIDUPANMU..
~ PELIHARALAH AGAMAMU KERANA IA ADALAH NYAWAMU..
~ PELIHARALAH BUDI PEKERTIMU KERANA IA ADALAH PAKAIAN UKHRAIMU..
~ PELIHARALAH LISANMU KERANA IA ADALAH HATIMU YANG MENENTUKAN BAIK BURUK DIRIMU...

Ikhtilat Yang Diharamkan Dan Diharuskan Oleh Syarak

Kita mengetahui asal hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah haram, maka ia adalah suatu perkara  yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan menyebut dalam kitabnya ‘al-mufassal fi al-ahkam al-mar’ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah.
 Pertama : Harus kerana terpaksa (dhorurah).  Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya : Berkata ahli mazhab Syafiee : Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini keadaan seperti dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia, maka harus ia menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu hukum menumpangkannya adalah wajib tanpa khilaf. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.

 Kedua : Harus kerana keperluan (hajat).  Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
 1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual beli, melakukan tawarmenawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.

2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja seperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.

3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes-kes berkaitan dengan harta dan hakhaknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.

4. Ikhtilat kerana amar makruf nahi mungkar Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik as-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.

5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alasan yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun ia terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada meriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (s.a.w.) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (s.a.w.).

6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu dan suami tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah (s.a.w.) dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersamasama baginda. Ini bererti bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.

7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu bapanya, membeli belah dan ke hospital, meskipun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi , dia mungkin duduk atau berdiri di tepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.

8. Ikhtilat dalam kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan semasa jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana masalah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada ar-Rabei binti Muawwiz katanya : Kami bersama Nabi (s.a.w.)  merawat pesakit, memberi minum dan dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.

9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama Baginda ialah Bilal.

10. Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan :  Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan mahramnya? Berkata Malik : Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadangkadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan. Dalam suasana yang seperti ini akan  berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebagainya. Ini semua diharuskan selagi terpelihara adab-adab Islamiah.

Adab-adab dalam bergaulan antara lelaki dan perempuan

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat  dalam suasana terpaksa dan keperluan, namunIslam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang  sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli-belah, bersiar-siar, berpolitik, amalamal sosial, aktiviti-aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama Islam kita. Sikap yang tidak mengikut lunas-lunas Islam lambat laun akan mengundang kecelakaan.

1. Adab yang perlu dijaga oleh lelaki dan perempuan

a. Ucapan yang makruf dan sopan Firman Allah :  Dan ucaplah kata-kata yang  makruf. Maksudnya, mereka ditegah sama sekali mengucapkan  kata-kata yang janggal pada pandangan susila atau berbentuk sendaan dan sia-sia.

b. Menundukkan pandanganDalam surah an-Nur menyuruh lelaki dan wanita menundukkan pandangan masing-masing khususnya dalam suasana takutkan fitnah.

c. Mengelakkan daripada berhimpit dan bersesak-sesakImam Bukhari meriwayatkan daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah (s.a.w.) setelah memberi salam beliau tidak terus bangun. Ini untuk memberi peluang kepada wanita keluar dulu.-Ibnu Syiahab az-Zuhri.

d. Tidak berkhalwat (berdu-duaan)Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda :  Janganlah sekali-kali seseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang bukan mahramnya. e. Menghindari tempat shubhatSabda Rasulullah (s.a.w.) :  Tinggalkanlah perkara yang meragukan kamu… (Riwayat Bukhari)

2. Adab khas untuk wanita

 a. Iltizam dengan pakaian Islam Firman Allah :  Wahai nabi katakanlah kepada isteri dan anak-anak perempuan kamu supaya melabuhkan jilbab mereka.  Dan firmannya lagi : Janganlah kamu bertabarruj (bersolek) sebagaimana kaum jahiliah bertabarruj.

 b. Serius dalam ucapan. Tidak mengada-ngada atau bermanja-manja dalam percakapan. Firman Allah :  Dan janganlah kamu merendahkan (melunak dan memanjamanjakan ) percakapan, yang menyebabkan mereka yang sakit hatinya terdetik untuk menggodamu.

c. Menjaga pergerakan  Tidak harus mereka memperlihatkan  liuk lituk dan lenggan lenggok yang menggoda. Firman Allah : Janganlah mereka menghentak kaki untuk menarik perhatian kepada perhiasan yang mereka sembunyikan.

Pahala yg bertambah dan berterusan

Rasulluah SAW bersabda:
sesiapa yg mengajak kepada kebaikan, maka baginya pahala yg diperoleh oleh org yg mengikutnya selepasnya,(serta) tidak berkurangan pula pahala org yg mengamalkannya, sesipa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa  yg turut diperoleh oleh org yang membuat dosa selepasnya dan tidak akan berkurangan dosa itu walau sedikitpun.-H.R Imam Muslim