Jumaat, 31 Ogos 2012

Lelaki Dan Perampuan...


LELAKI DAN PEREMPUAN



"Lelaki itu hebat. Tak macam perempuan, tahu menangis je..buat kerja sikit dah menangis tak larat."
"Perempuan kan lebih rajin? Tak macam lelaki, malas je lebih."
"Lelaki kuat tak lemah macam perempuan."
"Perempuan setia tak menipu macam lelaki."
"Lelaki lebih bijak daripada perempuan. Lelaki bila fikir guna 9/10 akal , tak macam perempuan guna 9/10 emosi (rujuk)."
"Perempuan lebih penyayang. Tak macam lelaki, hati keras macam batu."
"Girls are stupid, throw rocks at them!"
"Boys are stoned, who needs rocks?"

Lelaki??????  Perempuan??????

Siapa yang lebih hebat? Siapa yang lebih baik? Siapa yang lebih tak guna? Siapa menang? Siapa kalah? SIAPA YANG TAHU????

Itulah norma masyarakat dalam zaman global sekarang. Selalu ada perbandingan antara jantina. Seolah- olah diantara mereka ada yang lebih baik. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan sehingga kadang-kadang merendahkan yang lain.Lebih melucukan, hal ini pun menjadi isu dalam setiap lapisan masyarakat dalam berbagai situasi. Tak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa, tiada yang mahu mengalah.

Hakikatnya, Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk bertengkar antara satu sama lain untuk membuktikan siapa lebih hebat. Islam tidak pernah menyatakan bahawa anak lelaki itu lebih mulia daripada anak perempuan juga sebaliknya. Malahan kedudukan lelaki dan perempuan adalah setaraf, yang membezakan mereka adalah taqwa.

“Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”
(Al-Hujurat 49 :13)

Dalam ayat diatas, Allah tidak lebih memuliakan perempuan mahupun lelaki tetapi memuliakan orang yang lebih bertaqwa. Siapa boleh menjamin perempuan lebih bertaqwa daripada lelaki mahupun sebaliknya? Tiada bukan? Oleh itu mengapa persoalan mengenai siapa lebih hebat timbul?

Tidak dinafikan, lelaki mempunyai kelebihan yang lebih banyak dari perempuan. Lelaki mempunyai kekuatan jauh melebihi perempuan. Lelaki mendapat hak harta pusaka 2/3 berbanding perempuan yang hanya mendapat 1/3. Lelaki itu pemimpin kepada perempuan.

Tetapi setiap kelebihan yang ada pada mereka, ada tanggungjawab diatasnya. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud:

“Lelaki (suami) itu Qawwam bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya……”
Qawwam disini dapat diertikan dengan maksud pemimpin atau pelindung.

Nah.. Lelaki mempunyai kelebihan tapi juga mempunyai tanggungjawab. Namun perempuan juga mempunyai kelebihan tetapi setaraf dengan tanggungjawab mereka. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud:

“……..Dan mereka (para perempuan) mempunyai hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang patut. Tetapi para suami mempunyai kelebihan keatas mereka. Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.”

Islam telah menaikkan taraf perempuan dengan begitu tinggi terutamanya jika dibandingkan dari apa yang berlaku sebelum Islam dan juga apa yang ada di barat hari ini. Tiada perbezaan untuk meraih syurga Allah dalam banyak perkara. kedua-dua lelaki dan wanita diperintah untuk menuntut ilmu. Kedua-duanya setaraf dalam hal ini. Kedua-duanya diperintah solat dan puasa, cuma sedikit keringanan diberi kepada wanita dan beberapa perbezaan semasa pelaksanaannya. Walaubagaimanapun, ia langsung tidak mengurangkan peluang wanita untuk meraih syurga Allah dan seluruh nikmatNya.

“Dan barangsiapa yang melakukan amal soleh dari kalangan lelaki dan wanita dalam keadaan mereka beriman, mereka itulah yang akan memasuki syurga.." ( An-Nisa 4 : 124 )

Lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Perempuan tidak boleh hamil dan melahirkan anak tanpa lelaki. Lelaki juga memerlukan isteri, sebagai penasihat dan penyokong dibelakang mereka. Perempuan memerlukan lelaki untuk kerja-kerja berat dan lelaki pun memerlukan perempuan untuk kerja-kerja remeh. Dalam kegiatan dakwah itu sendiri memerlukan kerjasama antara lelaki dan perempuan. Setiap daripada mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab diatas satu sama lain.

“Sesungguhnya wanita adalah belahan yang tak terpisah dari lelaki” (HR Ahmad dan Al-Baihaqi)

“Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurnia-Nya. Sungguh Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
Al-Quran (An-Nisa’ 4: 32)

Kesimpulannya perempuan dan lelaki adalah makhluk Allah. Tiada yang lebih hebat antara mereka. Malahan perempuan dan lelaki itu saling memerlukan antara satu sama lain.Yang membezakan mereka adalah tanggungjawab dan ketaqwaan mereka. Oleh itu, tak perlulah kita bertekak, bergaduh dan bertengkar siapa lebih hebat atau siapa lebih penting. Lebih baik kita memikirkan permaslahatan ummah ataupun bermuhasabah diri sendiri sebelum kita buka mulut membahaskan tentang kelebihan sendiri.

kisah tentang 2 owd sahabat karib yg sdg b'jln melintasi gurun pasir ;'(


Ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar merasa sakit hati tapi dengan tanpa berkata-kata dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambi l tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin."