Isnin, 12 Mac 2012

Bertudung,tuntutan atau sekadar berfesyen

Assalamualaikum warahmatullah,

firman Allah S W T dalam surah Al Ahzab:59

Wahai Nabi!katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin,"hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka"yang demikian itu agar mereka lebih dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang. 

Rambut wanita adalah termasuk perhiasan yang wajib ditutup oleh setiap muslimah dan ia tidak boleh dibuka di hadapan orang yang bukan mahramnya. Sedar akan tuntutan tersebut, semakin ramai muslimah menutup aurat mereka dengan bertudung. Tidak kiralah bertudung moden yang berfesyen, golongan hawa baik anak kecill mahupun sudah dewasa sudah mula bertudung.

Perkembangan ini juga telah membuahkan idea kepada mereka yang yang bergiat dalam industri fesyen untuk mencipta gaya tudung terkini. Selak sahaja majalah fesyen hari ini, pasti anda akan melihat aneka gaya tudung yang cantik dan menarik.

Untuk menarik wanita membeli dan menggayakan tudung yang dijual, setiap tudung mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada rekaan tudung yang menggunakan fabrik terang, dihias pula dengan kerongsang yang menarik, disimpul dan sebagainya.

Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Boleh dikatakan, rekaan kesemuanya secara tidak langsung menggalakkan kaum muslimah yang tidak bertudung pun rasa tertarik untuk memakai tudung.

Justeru itu,pebentangan saya kali ini bertujuan untuk  mengupas perkembangan fesyen tudung yang menarik ini menjadi punca wanita mengenakan tudung atau adalah mereka benar mahu menurut syariat agama.

"Akan muncul dalam kalangan umatku diakhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid.wanita-wanita mereka (isteri n anak-anak perempuan) berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat) di atas kepala mereka pula (wanita)terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai , oleh itu laknat mereka semua, sesungguhnya mereka adalah wanita yang terlaknat. 

(hadith riwayat Ahmad-jilid 2 ms 223)

Rasulullah bersabda:-Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia ,golongan yang membawa cemeti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga wanita-wanita yang berpakai seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok,pada mereka ada suatu seperti bonggol unta yang bergoyang-goyang. mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini.

(hadith riwayat Muslim no 212)"


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Sebab itu syariat menetapkan supaya wanita pakaiannya adalah pakaian yang longgar dengan warna yang tidak menarik menutup seluruh badannya dari kepala sampai ke kaki.

Kalau dilihat pada nilaian dunia, barang-barang berharga seperti intan dan berlian dibungkus rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga wanita. Kerana wanita bermaruahlah dia tidak disuruh ditonjolkan tanpa keperluan yang tertantu; dengan batas-batas tertentu. Dia mesti bergelanggang dalam gelanggang yang boleh dan sesuai untuknya sahaja yang telah ditentukan garis-garisnya oleh syariat. Wanita tidak selayaknya mengorbankan maruah dandirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dan di sana sini kita dapat saksikan para wanita kita memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari orang bawah hingga orang atasan, dari peringkat pelajar-pelajar sekolah hinggalah ke pekerja-pekerjadi pejabat-pejabat.

Namun begitu, pelbagai gaya tudung dipakai. Tudung kadangkala tidak lengkap dipakai, pakai tudung tapi masih nampak batang leher, nampak dada, pakai tudung tetapi di masa yang sama pakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai gaya tudung dipakai. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung direka untuk wanita-wanita Islam kini.


Tips berfesyen yang betul
  • Tudung mestilah labuh dan menutup dada serta tidak jarang
  • Baju mestilah labuh dan longgar
  • Lengan baju panjang sehingga ke pergelangan tangan
  • Kain atau seluar yang dipakai mestilah panjang atau labuh hingga ke buku lali
  • ├Éigalakkan untuk memakai sarung kaki
  • Tidak memakai kasut yang berbunyi tatkala berjalan. Sekiranya ingin memakai kasut yang bertumit, pastikan ia diperbuat daripada getah

Tiada ulasan: